Proposal Arsenal untuk Phil Jagielka ditolak Everton

Friday, July 22, 2011
Tawaran terbaru the Gunners bernilai £10 juta ditolak mentah oleh Everton.


Oleh Dede Sugita

Arsenal kembali berputih mata dalam usaha mereka untuk membawa masuk Phil Jagielka. Pada musim lepas, rayuan the Gunners untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 28 tahun dari Everton itu telah terkandas.

Kini, laporan dari Sky Sports menyatakan langkah lanjutan Arsenal berupa tawaran dengan nilai £10 juta telah ditolak mentah-mentah oleh the Toffees.

Jagielka, bersama palang pintu Birmingham City, Scott Dann, merupakan buruan utama bagi pengurus Arsene Wenger untuk memperkukuh barisan pertahanan Arsenal.

Walaupun tawaran buat Jagielka itu mendapat penolakan, pengurus skuad the Gunners itu tidak perlu berkecil hati.

Ini adalah kerana, pemain kebangsaan Inggeris tersebut bukan berstatus 'tidak untuk dijual' di Goodison Park. Everton hanya merasakan bahawa jumlah £10 juta yang ditawarkan itu terlalu rendah bagi pemain binaan Sheffield United yang baru memperbarui kontraknya sehingga 2015 itu.

Dengan ini, David Moyes, bos Everton memerlukan suntikan dana segar pada musim panas ini, Arsenal berpotensi untuk berjaya merealisasikan perpindahan Jagielka dengan bayaran yang lebih sesuai.


(Sumber: http://www.goal.com/)