Ivan Gazidis: Arsene Wenger pegang kendalian perpindahan

Wednesday, July 20, 2011
Ketua eksekutif Arsenal itu menolak untuk masuk campur dalam urusan perpindahan dan menyerahkan masalah tersebut kepada pengurus pasukan.


Oleh M Yanuar F

Kemampuan mengendalikan proses perpindahan yang diterapkan Arsene Wenger di Arsenal mendapat sokongan penuh dari ketua eksekutif, Ivan Gazidis. Oleh itu, Wenger memegang kendalian penuh ke atas setiap keputusan perpindahan dalam pasukannya.

Perkara tersebut ditegaskan Gazidis dalam menjawab spekulasi perpindahan beberapa pemain di Arsenal. Menurutnya, kenyataan Wenger sudah mewakili Arsenal sebagai sebuah kelab.

"Kami tidak menghebahkan perniagaan kami kepada awam. Saya juga tidak merancang untuk ikut memberi kenyataan mengenai masalah perpindahan," ujarnya kepada Sky Sports News.

"Arsene telah dengan jelas dan tegas menjawab semua masalah itu. Saya akan menjadikannya sebagai perwakilan Arsenal dalam hal ini," tambahnya.

Namun Gazidis juga menolak kenyataan tidak benar mengenai khabar bahawa Arsenal terlalu sukar dalam menghulurkan dana sehingga Wenger tidak dapat membawa pemain berstatus bintang.

"Kami punyai wang untuk dibelanjakan. Namun begitu matlamat kami sedikit berbeza dengan kelab-kelab lain. Kami tidak memiliki posisi di mana pemain menyertai di penghujung kontraknya dan posisi di mana ada peluang," tambah Gazidis.

"Kami ingin membawa masuk pemain yang mampu meningkatkan kualiti pasukan dalam beberapa posisi yang kami miliki dan menambah keberkesanannya."


(Sumber: http://www.goal.com/)