Theo Walcott tekad cetak 20 gol

Sunday, July 17, 2011
Walcott berharap akan dipasang sebagai striker agar bisa mencetak lebih banyak gol.


Oleh Henry AA

Walcott telah dilabelkan sebagai pengganti Thierry Henry sebagai penyerang utama Arsenal, namun Walcott lebih gemar jika digelar sebagai pemain sayap oleh Arsene Wenger.

Sejak tiba dari Southampton pada 2006, pemain berusia 22 tahun itu kerap diletakkan di posisi sayap kanan dan kerap dikritik kerana jarang mencetak gol.

Pada musim ini, Walcott mengungkapkan bahawa dia mungkin akan diletakkan sebagai penyerang. Dia turut berharap mampu mengikuti kejayaan Henry yang sebelum ini merupakan pemain sayap yang kemudiannya menjadi penyerang yang produktif serta berbahaya.

"Saya hadir adalah kerana posisi saya sebagai penyerang, saya ingin diletakkan di barisan hadapan. Kini saya harus meneruskan tugas dalam posisi sayap dan saya rasa itu sudah memadai," ucap Walcott pada media.

"Saya dapat rasakan bahawa ramai orang terlupa posisi sebenar saya bukanlah pemain sayap. Sebab itulah saya memerlukan lebih banyak waktu untuk membiasakan diri dalam posisi tersebut. Untuk pasukan ini, saya sedia untuk bermain dalam posisi apa pun, tetapi jika boleh memilih saya ingin menjadi seorang penyerang."

Pada musim lalu, Walcott mencetak 13 gol dalam semua kejohanan meskipun sempat berehat cukup lama kerana faktor kecederaan buku lali. Namun begitu dia cukup optimis untuk mencetak lebih banyak gol lagi pada musim ini.

"Saya sudah berlatih dengan gigih dan berharap mampu lebih cergas pada musim ini. Andai ia terjadi, sekurang-kurangnya saya mampu mencetak 15 sehingga 20 gol. Saya mungkin bukan tunjuang utama bagi kelab ini namun andai diturunkan, saya pasti akan berusaha memberikan yang terbaik."


(Sumber: http://www.goal.com/)