Jelajah bola sepak bermula

Friday, July 22, 2011
JELAJAH Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas 2011, akan bertandang ke Kuala Lumpur pada 17 dan 18 September di Sunway Pyramid, Subang.

Kejohanan itu, dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Gaya Bebas (F3) dan Persekutuan Bola Sepak Gaya Bebas Asia (AF3), memandangkan sukan bola sepak menjadi sukan kegemaran ramai di Malaysia.

Presidenya F3, Dan Wood berkata, kejohanan itu mampu menarik peminat memandangkan sukan bola sepak mempunyai pengikutnya fanatik selain Malaysia adalah negara bermulanya sukan sepak takraw.

“Negara ini juga mempunyai ramai bakat kerana mereka juga mengikuti sukan takraw yang sinonim dengan sukan ini,” katanyanya ketika pelancaran majlis terbabit.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, peminat juga berpeluang menyaksikan juara dunia melakukan teknik dan aksi menarik ketika kejohanan itu nanti,” katanya. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)