Arsenal Gagal Dapatkan Joel Campbell

Wednesday, July 20, 2011
Arsenal dilaporkan kalah dalam persaingan dari pasukan lain dalam mengajukan tawaran untuk penyerang Costa Rica tersebut.


Oleh M Yanuar F

Arsenal dilaporkan akan segera mendapatkan Joel Campbell dari Deportivo Caprisa, namun proses perpindahan  tidak berlaku kerana terdapat kelab lain yang mengajukan tawaran lebih baik dari klub London tersebut yang mengajukan tawaran sebanyak 900 ribu poundsterling.

Presiden Saprissa Juan Carlos Rojas menyatakan bahawa Arsenal tidak memiliki peluang yang cukup baik untuk mendapatkan Joel Campbell.

"Ada kekecewaan dalam bolasepak bagi Saprissa dan juga saya kerana mereka memutuskan untuk tidak meningkatkan tawaran," ungkap Carlos Rojas kepada La Nacion.

"Sungguh mengecewakan kerana bolasepak Costa Rica tidak memiliki pemain dari Arsenal ketika ini," tambahnya lagi.

Namun ayah merangkap agen Joel Campbell mendakwa Arsenal masih berpeluang mendapatkan anaknya kerana belum ada keputusan perpindahan dilakukan.

"Kami memutuskan untuk tidak menandatangani apa-apa lagi. Kita lihat sahaja nanti," akhirinya.


(Sumber: http://www.goal.com/)