Barcelona telah sediakan jersi No. 4 buat Cesc Fabregas

Sunday, July 17, 2011
Barcelona telah menyediakan jersi dengan nombor 4 buat kapten Arsenal Cesc Fabregas apabila dia telah rasmi menjadi pemain di Camp Nou.


Oleh Anugerah Pamuji

Cesc Fabregas ternyata begitu istimewa bagi Barcelona. Belum pun menyertai kelab Catalan tersebut, kapten Arsenal tersebut telah disediakan jersi dengan nombor terkenalnya bagi skuad the Gunners, no. 4.

Seperti yang dilaporkan oleh the Daily Star, apabila perpindahan Cesc terlaksana, maka nombor tersebut adalah pasti milik pemain tengah tersebut.

Sebelum ini, jurulatih Arsenal Arsene Wenger berang dengan pendekatan yang dilakukan oleh kelab dari Spanyol tersebut terhadap pemain kesayangannya itu.

Walaupun demikian, Barcelona tidak berputus asa dan masih yakin bahawa mereka dapat memenangi saga perpindahan Cesc ke kelab masa kanak-kanaknya itu.

Nombor 4 adalah nombor yang tidak digunakan oleh mana-mana pemain di Camp Nou. Namun begitu, bintang muda Los Blaugrana Thiago berkeinginan untuk menyarungi jersi dengan no. 4 tersebut untuk musim depan, tetapi apabila Cesc semakin hampir dikaitkan, Thiago terpaksa mengalah kerana sudah pasti nombor itu bakal jatuh ke tangan Cesc.


(Sumber: http://www.goal.com/)