Arsenal pinjamkan Denilson ke Sao Paulo

Wednesday, July 20, 2011
Sao Paulo secara rasmi membuat pinjaman untuk Denilson dari Arsenal dengan kesepakatan kontrak selama setahun.


Oleh Anugerah Pamuji

Sao Paulo, melalui laman rasmi mereka, menyatakan bahawa pihaknya telah menyelesaikan perpindahan Denilson dan kini pemain Arsenal itu sah akan tiba di kelab dari Brasil tersebut.

Denilson mengikat kontrak pinjaman selama setahun dan dia bakal diperkenalkan kepada umum pada Selasa. Pemain yang berasal dari Brasil tersebut menjadi pemain baru pertama skuad Adilson Batista. Tidak dinyatakan tentang jumlah perpindahannya yang dikeluarkan Sao Paulo dalam peminjaman ini.

Denilson sudah berkali-kali menyatakan rasa kecewanya berada di Arsenal kerana jarang mendapat lebih peluang bermain.

Sao Paulo sendiri, bagi pemain berusia 23 ini adalah kelab yang tak asing kerana pada tahun 2006, dia pernah menyarungi jersi Sao Paulo.

Denilson turut optimistis dengan seragam baru ini, dia akan berusaha keras untuk mempersembahkan gelaran juara bagi Sao Paulo.

"Saya sangat gembira kembali ke sini. Saya ingin membantu Sao Paulo menjadi juara Brasil," demikian Denilson, seperti yang dipertik dari Lancenet.


(Sumber: http://www.goal.com/)