Arsene Wenger kecam Roberto Mancini

Sunday, July 17, 2011
Wenger anggap Mancini telah melanggar peraturan asas bolasepak.


Oleh Donny Afroni

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menyatakan kemarahannya keatas kenyataan pengurus Manchester City Roberto Mancini yang mengatakan bahawa dia berharap Samir Nasri akan berhijrah ke Eastlands pada akhir bulan ini.

Wenger menganggap kenyataan Mancini itu sebagai sikap tidak hormat, dan menyebut Mancini telah merosakkan peraturan dalam bolasepak. Penilaian Wenger ini disampaikan selepas perlawanan skuad the Gunners  berkesudahan 1-1 menentang Hangzhou Greentown, China.

“Pada pendapat saya kenyataan seperti itu tidak berasas. Mereka melawan peraturan asas bolasepak, dan dia perlu diberitahu,” cetus Wenger dalam keterangannya kepada wartawan selepas perlawanan.

“Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya tidak mahu membuang masa untuk berfikir tentang apa yang orang lain katakan kerana kami harus fokus kepada permainan kami.”

“Tidak menaruh rasa hormat? Saya tidak boleh mendapatkan perkataan yang tepat. Kenyataan itu sudah jelas keluar dari landasannya. Saya tidak mahu menaruh lebih perhatian mengenai perkara itu.”

“Yang kami inginkan adalah sikap saling menghargai, dan kami tidak membuat kenyataan seperti itu terhadap pemain yang masih terikat dengan kontrak kepada kelab lain.”

Dalam perlawanan persahabatan di China, Arsenal mengharapkan gol dari Carlos Vela untuk menyamakan kedudukan pada perlawanan persahabatan mereka dalam jelajah Asia. Nasri tampil sebagai pemain permulaan dalam pertembungan tersebut.


(Sumber: http://www.goal.com/)