Thomas Vermaelen sedia hadapi tekanan

Sunday, July 17, 2011
Bek Arsenal itu menyambut dengan tangan terbuka tentangan yang datang dari pemain lain atau peminat.


Oleh M Yanuar F

Thomas Vermaelen tidak mahu melakukan sambil-lewa untuk menghadapi musim hadapan. pemain pertahanan Arsenal itu menegaskan bahawa dia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi pasukannya dan menghadapi semua tentangan yang ada, termasuk dari para peminat dan rakan seperjuangannya sendiri.

Perkara tersebut ditegaskannya selepas terdapat spekulasi perpindahan di Arsenal yang akan membawa masuk pemain pertahanan tengah yang baru.
Vermaelen beranggapan seandainya ada pemain pertahanan baru yang akan menyertai pasukannya pada musim panas ini, maka perkara itu akan menjadi momentum baginya untuk meningkatkan kemampuan terbaik dan membuktikan kepantasan dirinya dalam mengisi skuad utama.

"Seandainya benar akan ada pemain yang ada di belakang anda dan melakukan pengejaran, maka kemampuan terbaik akan lahir dari dalam diri anda," tambah Vermaelen.

"Seandainya anda adalah pemain yang baaik, anda mampu menghadapi tekanan dan tentangan sebegini. Jika tidak, anda tidak layak bermain untuk pasukan ini," katanya.



(Sumber: http://www.goal.com/)