Roberto Mancini inginkan Samir Nasri

Sunday, July 17, 2011
Jurulatih Manchester City itu berharap pemain tengah Arsenal tersebut akan menyertainya sebelum akhir bulan ini.


Oleh M Yanuar F

Manchester City kini menyertai kelab-kelab lain dalam pemburuan Samir Nasri. Jurulatih Roberto Mancini juga turut menyatakan keinginannya untuk membawa pemain tengah Arsenal itu ke Manchester City.

Jurulatih Manchester City tersebut terus berharap, atau cenderung meyakinkan agar dapat segera menarik Nasri menyertai mereka ke Stadium Etihad sebelum akhir bulan ini.

"Samir memang masih terikat dengan kontrak bersama Arsenal. Namun begitu Samir turut berkemungkinan mahu berpindah dan perkara itu bergantung kepada banyak faktor," ujar Mancini kepada Sky Sports News.

"Saya tidak tahu bagaimana perkembangannya pada waktu ini, saya tidak mengetahui situasinya, tapi bagi Nasri semuanya sukar."

"Saya berharap kami boleh mendapatkannya kerana kami memerlukan pemain lain dan saya berharap agar pemain ini dapat dibawa sebelum akhir bulan ini," tambah Mancini.

Dikhabarkan bahawa Manchester City kini telah mengajukan tawaran sebanyak 27 juta poundsterling untuk mendapatkan khidmat Nasri.


(Sumber: http://www.goal.com/)