Gael Clichy: Saya mahu bermain untuk pasukan yang mampu jadi juara

Sunday, July 17, 2011
Arsenal dianggap Gael Clichy tidak memiliki cita-cita yang cukup besar, seperti Manchester City, untuk meraih gelaran juara.

Oleh Taufik Bagus

Gael Clichy menyatakan alasannya meninggalkan Arsenal dan menyertai Manchester City. Dia merasakan pasukannya sekarang ini lebih memiliki kemampuan untuk meraih gelaran juara.

Perkara demikian dinyatakan oleh Clichy semasa menjalani jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

"Setelah menghabiskan lapan musim bersama Arsenal, sangat mudah bagi saya untuk terus memperpanjangkan kontrak saya kerana mereka adalah sebuah kelab yang hebat yang sering bersaing untuk gelaran juara," katanya, Ahad (17/7).

"Tapi bagi saya sudah sampai pada masanya di mana saya tidak ingin hanya sekadar bersaing untuk gelaran, yang pada akhirnya hanya ada kekecewaan di minggu-minggu terakhir."

"Saya ingin untuk menyertai bersama kelab yang mempu memenangi gelaran juara. Saya menyertai City kerana saya merasakan kelab ini mampu memenangi gelaran selama beberapa tahun yang akan datang," kata Clichy.


(Sumber: http://www.goal.com/)