Barcelona pilih Alexis Sanchez berbanding Cesc Fabregas

Wednesday, July 20, 2011
Barcelona tumpu untuk datangkan pemain dengan karakter serangan berbanding bertahan.


Oleh M Yanuar F

Cesc Fabregas bukan tumpuan utama yang ingin dihadirkan oleh Barcelona dalam pasaran perpindahan musim panas ini, merujuk kepada karakter bermainnya.

Pep Guardiola menyatakan, pasukannya pada waktu ini lebih kepada mencari pemain dengan karakter menyerang dan Fabregas tidak sesuai dengan syarat tersebut.

"Kami perlu pemain bahagian hadapan. Kami sudah punyai banyak pemain di bahagian tengah berbanding bahagian serangan," ungkap Guardiola.

Keinginan Barcelona membawa masuk pemain penyerang tidak terkecuali dari bakal kehilangan beberapa pemain bahagian hadapan mereka.

"Bojan Krkic dan Jeffren Suarez, kedua-duanya ingin keluar, jadi bahagian serangan kami lebih perlu diperbaiki," tambahnya.

Perkara tersebut menjadikan Fabregas berada dalam senarai di bawah Alexis Sanchez dalam sasaran Barcelona. Guardiola mengakui bahawa pemain Udinese itu lebih sesuai untuk dibawa ke ke Nou Camp berbanding Fabregas.

"Sanchez adalah pemain muda yang mampu bermain dalam tiga posisi serangan. Dia pemain dengan profil terbaik yang kami cari. Kami berharap agar boleh mendapatkannya," tutup Guardiola.


(Sumber: http://www.goal.com/)