Pep Guardiola bersabar untuk Cesc Fabregas

Wednesday, July 20, 2011
Jurulatih Barcelona itu akan menggunakan waktu yang dimiliki untuk menyelesaikan perpindahan pemain Arsenal tersebut.


Oleh M Yanuar F

Pep Guardiola menegaskan bahawa Barcelona tetap sedaya upaya untuk mengeluarkan Cesc Fabregas dari Arsenal.

Namun, dia menyatakan bahawa dia tidak akan tergesa-gesa untuk memujuk pemain dengan gelaran La Masia itu untuk kembali ke Nou Camp. Guardiola akan menggunakan setiap waktu yang ada sehingga jendela perpindahan musim panas benar-benar tertutup.

"Musim lalu Arsenal tidak bersedia berrunding. Tapi tahun ini mereka menerima permintaan kami untuk berbicara dan kami sedang berusaha untuk ini," ungkap Guardiola.

"Pihak kelab memiliki wang untuk mendapatkannya. Kami akan mencuba sehingga ke akhir jendela perpindahan agar mendapatkannya. Sehingga 31 Ogos, masih ada peluang," terangnya.

Guardiola menyanggah seandainya Barcelona akan penyai terlalu ramai pemain tengah jika Fabregas menyertai mereka dan perkara tersebut akan menjejaskan keseimbangan pasukan.

"Bahagian tengah adalah keutamaan kami. Kami tidak boleh berkata bahawa kami terlebih pemain. Cesc mampu membantu kami dengan berbagai cara," ujar Guardiola.


(Sumber: http://www.goal.com/)