Benayoun dicemuh semasa Chelsea gagal menyinar di bawah Villas-Boas

Friday, July 22, 2011

Oleh Frank Dallers

Pengurus Chelsea Andre Villas Boas menyalahkan keadaan cuaca yang melemaskan selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia XI di Kuala Lumpur yang mana telah dicemari dengan kebencian terhadap Yossi Benayoun.

Gol sendiri dari penjaga gol gantian Malaysia, Mohd Izham Tarmizi memberi skuad the Blues kemenangan lewat dalam perlawanan pertama jelajah Asia untuk pra-musim mereka.

Bagaimanapun ia merupakan salah sebuah catatan manis di bawah bos baru Villas-Boas, yang telah memulakan kerjayanya dengan kemenangan 1-0 di Portsmouth pada hari Sabtu.

“Kami tidak boleh lupa kehangatan cuaca dan keadaannya, tetapi adalah jelas bahawa hasil pengakhirannya kelihatan tidak memberangsangkan kerana kami mempunyai beberapa peluang yang baik,” kata jurulatih yang berasal dari Portugis itu.

“Kami telah cuba untuk membina cara permainan yang baru, namun kesannya masih belum berlaku dalam tiga minggu ini. Itu sasaran kami dan itulah cabaran kami dan semoga ia akan berkesan pada masa hadapan.”

Perlawanan tersebut menjadi pahit akibat cemuhan berulang kali kepada pemain tengah dari Israel, Yossi Benayoun oleh 85,000 orang penonton. Villas-Boas mengubah keseluruhan pasukannya pada separuh masa kedua dan kemenangan dicapai apabila permainan memasuki minit ke-78, apabila sebuah sepakan percuma dari Didier Drogba (gambar di bawah) terkena tiang dan memantul ke dalam melalui Tarmizi.


Villas-Boas menambah: “Kyakinan untuk memperolehi jaringan datang kerana latihan dan ia juga datang melalui kesabaran.

“Di Chelsea kami sedia memberi pemain hadapan kami kesabaran sebegini kerana perkara paling penting untuk kami adalah untuk memenangi perlawanan secara kolektif.

“Saya akan hanya membiarkan perkara berlaku secara semula jadi.”


(Sumber: http://www.cityam.com/)