Rudi Garcia: Tidak ada tawaran untuk Eden Hazard

Wednesday, July 20, 2011
Eden Hazard adalah elemen penting Lille dan tidak akan dijual.


Oleh Aditya Ramadhan

Rudi Garcia, jurulatih Lille, mengatakan bahawa tidak ada tawaran dari klub-klub Liga Perdana yang menginginkan khidmat Eden Hazard.

"Kami sama sekali belum menerima tawaran dari kelab-kelab yang menginginkan khidmat Hazard, tidak dari Inggeris mahupun Perancis," ujar Garcia kepada RMC Sport.

Garcia yakin tidak akan ada rundingan perpindahan Hazard. Dia juga yakin Hazard akan memperkuatkan Lille dalam Liga Juara-juara.

Liverpool dan Arsenal merupakan dua pasukan yang mahu membawa Hazard ke kelab mereka. Beberapa kelab dalam Ligue 1 disebut-sebut turut menginginkannya.

Garcia turut khuatir andai kehilangan Hazard. Dia yakin jika tawaran dari Liverpool atau Arsenal datang, Hazard akan punyai keinginan untuk pindah.

"Hazard adalah elemen penting bagi kami," ujar Garcia.

"Adalah sebuah perkhabaran yang gembira bagi Lille, seandainya psaran erpindahan berakhir nanti, tidak terdapat sebuah kelab pun yang mengajukan tawaran untuknya," lanjut jurulatih tersebut.

Pihak pengurusan Lille sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak akan melepaskan Hazard ke mana pun, kerana kelab ingin berjaya dalam Liga Juara-juara.


(Sumber: http://www.goal.com/)