Denilson ingin kembali ke Sao Paulo

Sunday, July 17, 2011
Sao Paulo menjadi destinasi Denilson berikutnya untuk mendapatkan peluang bermain lebih banyak.

Oleh Henry AA

Masa depan Denilson di Arsenal semakin tidak jelas. Pemain berasal dari Brasil itu telah mengungkapkan keinginannya untuk berhijrah.

Menurut Lancenet, Denilson ingin kembali memperkuat Sao Paulo yang merupakan kelab pertamanya sebagai pemain profesional.

Kelab dari Brasil tersebut turut berminat untuk mendapatkan khidmat Denilson. Namun pemain berusia 23 tahun itu kemungkinan tidak akan dijual oleh the Gunners dan hanya akan dipinjamkan untuk satu musim penuh ke Sao Paulo.

Denilson dikhabarkan tidak bermasalah kerana apa yang paling utama baginya adalah untuk mendapatkan peluang bermain lebih banyak. Hubungannya dengan peminat juga kurang baik dan mendapat banyak  kecaman akibat dari kenyataannya dahulu berkaitan perasaan tidak gembiranya di Arsenal.

Arsenal membawa Denilson dari Sao Paulo pada tahun 2006 dengan nilai perpindahan £3.4 juta. Sehingga kini Denilson telah membuat 153 kemunculan dan menjaringkan 11 gol untuk Arsenal dalam semua kejohanan.


(Sumber: http://www.goal.com/)