Arsenal segera ambil Joel Campbell

Wednesday, July 20, 2011
The Gunners telah mencapai kesepakatan bersama Deportivo Saprissa untuk membeli penyerang berusia 19 tahun itu.


Oleh Dede Sugita

Perjuangan Costa Rica dalam kejohanan Copa America terhenti hanya dalam peringkat kumpulan. Pasukan undangan itu kalah dalam persaingan bersama Peru dan Paraguay dalam persaingan negara peringkat ketiga.

Namun begitu, mereka berjaya mencuri perhatian dengan memperoleh kemenangan 2-0 keatas Bolivia. Beberapa pemain mereka telah pun memikat beberapa kelab Eropah pada kejohanan tersebut.

Diantaranya adalah penyerang Joel Campbell, penyumbang gol ke gawang La Verde, yang telah memikat Arsenal.

Dengan tidak menunggu lebih lama, kelab utara London itu bergerak pantas untuk menyambar pemuda berusia 19 tahun yang mewakili kelab tempatan, Deportivo Saprissa.

Usaha the Gunners kelihatan membuahkan hasil kerana presiden Saprissa, Juan Roja menyatakan bahawa mereka telah membenarkan pemergian Campbell.

Kini Arsenal hanya menantikan hasil rundingan bersama Richard Lawa, wakil mereka bagi kawasan CONCACAF, bersama ayah dan agen Campbell.

“Sudah ada kesepakatan pada dasarnya, namun semuanya perlu menunggu persetujuan Joel Campbell serta keluarganya,” kata Roja kepada ADN Radio.

“Tidak diragukan lagi, ini akan menjadi sejarah besar buat negara ini, buat Saprissa, dan buat pemain. Kami gembira tentangnya kerana ini merupakan kesempatan luar biasa, sesuatu yang tidak boleh anda tolak, dan kami juga tidak akan menolak tawaran seperti ini.”

Satu perkara yang menjadi kekangan adalah Suazo belum memenuhi 75 peratus penampilan dalam perlawanan antarabangsa dalam beberapa tahun terakhir ini untuk memperoleh kebenaran bermain di dalam Liga Perdana.

Walaupun demikian, agen FIFA yang juga mewakili Arsenal dalam perpindahan ini, Joachim Batista, mengatakan bahawa the Gunners boleh membuat permintaan khas agar dapat melakukan perpindahan pemain tersebut.


(Sumber: http://www.goal.com/)