Tinggal 2 minggu untuk Barcelona tunaikan perpindahan Cesc Fabregas

Wednesday, July 20, 2011
Barcelona diberikan dua minggu untuk merealisasikan keinginan membawa Cesc fabregas ke Nou Camp.


Oleh Taufik Bagus

Arsenal dilaporkan telah memberikan tempoh bagi Barcelona untuk membuat keputusan berkenaan perpindahan Cesc Fabregas jika benar-benar berminat terhadap pemain yang berasal dari Spanyol itu.

Namun Arsenal juga menyatakan bahawa mereka hanya akan bersedia untuk melepasnya dengan nilai perpindahan yang mencapai 40 juta poundsterling. Jika dalam dua minggu tempoh tersebut Barcelona gagal mencapai kesepakatan bersama Arsenal, Fabregas akan tetap kekal di Emirates pada musim depan.

"Arsenal telah memberitahu bahawa kesepakatan perpindahan Fabregas hanya boleh dilakukan sebelum akhir bulan, jika tidak pemain tersebut akan tetap kekal di London," kata sumber the sun di Barcelona, Isnin (18/7).

"Mereka menegaskan bahawa adalah sangat adil kepada Cesc dan Barcelona, dan dalam situasi ini ia tidak bagi mereka dan harus diakhiri."

"Mereka tidak mahu menunggu lebih lama dan setelah memilih untuk berdiam selama musim panas, mereka akan menyiapkan kenyataan rasmi untuk memberitakan keputusan dari masalah perpindahan ini pada awal bulan depan."

"Kami memahami mereka tidak akan menjual Cesc dengan apa yang telah kami tawarkan, namun keputusan muktamad adalah kepada presiden Sandro Rosell," tegasnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)