Belum ada tawaran baru untuk Cesc Fabregas

Wednesday, July 20, 2011
Tidak ada perkembangan dalam perpindahan Cesc Fabregas sejauh ini.


Oleh Taufik Bagus

Pengerusi Arsenal Peter Hill-Wood mendakwa bahawa tidak ada perkembangan terbaru berkaitan perpindahan Cesc Fabregas. Barcelona, yang disebut sebagai kelabb yang paling berkeinginan untuk mendapatkannya, belum lagi mengajukan tawaran terbaru.

Barcelona sebelum ini sudah mengajukan tawaran kepada Arsenal, namun ditolak oleh kelab London tersebut pada minggu lalu.

"Saya tidak tahu seberapa besar keinginan mereka. Setakat ini ianya masih kabar angin sahaja melalui media Sepanyol, namun Barcelona belum berbincang lagi kepada kami," kata Hill-Wood, Selasa (19/7).

"Mereka sudah mengajukan tawaran, sekitar 26 juta poundsterling, tapi itu sudah terlalu lama."

"Namun pada waktu ini situasinya sangat jelas, kami tidak ingin kehilangannya. Seandainya mereka datang dengan tawaran yang sangat bagus, kami mungkin akan memikirkannya."

"Kami sudah memberitahukan kepada mereka beberapa kali bahawa tawaran mereka tidak dapat diterima dan mereka belum mengubahnya. Saya tidak menyetujui apa yang telah dilakukan olehmereka, namun itulah yang sedang berlaku sekarang ini," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)