Singapura tidak sehebat mana!

Wednesday, July 20, 2011

SKUAD Harimau Malaya mampu mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014!

Itu bukan omongan kosong atau bermimpi di siang hari, kerana pasukan Singapura dilaporkan berhempas pulas menewaskan Chinese Taipei 3-2 dalam aksi persahabatan di Kota Singa, Isnin lalu.

Keputusan itu, sekurang-kurangnya memberikan ilham buat Datuk K Rajagobal merencana strategi khas membendung ancaman Lions nanti.

Kedua pasukan di jadual berentap di Stadium Jalan Besar pada perlawanan pertama 23 Julai ini, sebelum aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai.

Pemenang peringkat ini mara ke peringat kumpulan melibatkan saingan 20 pasukan terbaik Asia sebelum dikecilkan kepada 10 pasukan pada pusingan kelima.

Piala Dunia edisi ke-20 bakal berlangsung di Brazil pada 2014.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)