Valencia sedia dengar tawaran Arsenal untuk Juan Mata

Sunday, July 17, 2011
Valencia bersedia untuk melepaskan Juan Mata seandainya tawaran sebanyak £20 juta disediakan.


Oleh Anugerah Pamuji

Kubu Valencia agaknya mulai melunak terkait menyikapi masa depan aset berharga mereka, Juan Mata.

Valencia yang sebelum ini enggan melepaskan pemain Spanyol itu, kini bersedia mendengar tawaran yang disediakan untuk Juan Mata.

Khabar berkaitan Mata melaporkan bahawa Arsenal adalah kelab yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut, dan kini kelab dari La Liga Spanyol itu mengundang the Gunners untuk menyiapkan tawaran mereka.

Seperti yang didakwa oleh the Daily Mail, Valencia telah memberitahu kepada kelab Utara London itu untuk menyediakan dana sebanyak £20 juta, dan seandainya dana itu sedia ditunaikan maka Mestalla akan membuka pintu keluar bagi Mata.

Selain Arsenal, Mata juga dikatakan menjadi pantauan agi pasukan seperti Chelsea dan Manchester United, tetapi skuad kendalian Arsene Wenger adalah pasukan yang paling rapat dikaitkan dengan pemain sayap tersebut.


(Sumber: http://www.goal.com/)