Arsenal disindir peminat di China

Sunday, July 17, 2011
Peminat Arsenal di China menyindir pasukan kesayangan mereka dengan menyatakan bahawa pasukan tersebut memerlukan pemain bintang, bukan pemain kanak-kanak.


Oleh Taufik Bagus

Arsenal mendapat sambutan pahit dalam lawatan mereka ke China. Peminat-peminat mereka menyindir mengenai kebijaksanaan perpindahan dalam kelab tersebut.

Di dalam stadium, para peminat telah mempamirkan banner dengan saiz yang cukup besar dengar paparan "Berbelanjalah, kita tidak perlukan kanak-kanak."

Sindiran tersebut adalah berikutan dari aktiviti perpindahan yang dilakukan oleh Arsenal dalam beberapa musim terakhir ini.

Pihak kelab cenderung dalam mengikat kontrak bagi membawa pemain baru dalam pasukan. Seandainya melakukan perpindahan, dana yang digunakan oleh Arsenal tidak setinggi pasukan besar Inggeris yang lain.

Arsenal juga kerap membawa masuk pemain tidak terkenal dengan harga yang rendah dan masih muda berbanding pemain yang sudah matang dalam pengalaman dan memiliki kualiti yang mampu membawa pasukan menjadi juara. Setakat ini, Arsenal masih belum lagi membawa pemain bertaraf bintang ke dalam skuad.


(Sumber: http://www.goal.com/)