Akhirnya rumour perpindahan begitu mengujakan di Arsenal

Thursday, June 30, 2011
(Berserta Video kelicikkan dan bakat individu Mata)


Oleh Henry Cloke

Anda mungkin boleh memaafkan kebanyakkan peminat Arsenal kerana kurang berminat dengan aktiviti dalam pasaran perpindahan setakat ini. Pembelian permain setakat ini hanyalah pemain pertahanan Charlton dan pemain bintang bawah 21 Finland, Carl Jenkinson yang mana mereka perolehi dengan harga yang rendah. Walaupun kini mereka samhat dikaitkan dengan pemain Velez’s Ricky Alvarez, namun begitu mereka masih belum mengambil apa-apa tindakan dan jika ada sekalipun, ia tidak seperti mampu menenangkan keresahan para peminat.


Kaitan berterusan kepada pemain seperti Gary Cahill dan Christopher Samba, serta pemain seperti Charles N'Zogbia dan Jose Enrique mungkin memberikan mengurangkan kegusaran buat mereka.

Dalam keadaan demikian, pasti ada sesuatu yang boleh melegakan dengan kaitan terhadap pemain yang sebenar, kualiti yang tidak perlu dipersoalkan; seorang pemain yang boleh membangkitkan keghairahan dan masa depan yang optimis. Laporan dari Daily Mail mendakwa bahawa Arsenal sedang menyediakan satu bidaan sejumlah £18 juta untuk pemain Valencia, Juan Mata.

Dengan semua cerita ini adalah penting untuk kita tidak terus hanyut dibuai dan menganggap mereka dengan pelbagai andaian, namun ia masih sukar untuk tidak teruja mengenai prospek melihat Mata dalam sarungan jersi Arsenal.

Namun, lebih adil untuk mengatakan bahawa Arsenal mempunyai prioriti yang besar dalam pasaran perpindahan (pencarian pemain pertahan tengah yang tepat untuk berganding dengan Thomas Vermaelen pada musim berikut, sebagai contoh) seorang pemain berkualiti sering menjadi percaturan yang baik, walaupun jika ia di bahagian yang mana Arsenal sudah kukuh. Mata akan berdepan dengan persaingan di bahagian sayap daripada Andrey Arshavin, Samir Nasri (jika dia kekal), Theo Walcott, Thomas Rosicky dan Carloos Vela.

Tidak ada apa-apa yang tidak mustahil berkenaan kualiti dan kemampuannya untuk memastikan dia berada di dalam pasukan utama Arsenal dalam musim pertamanya dalam kelab tersebut.

Dengan Nasri yang tidak diketahui tentang penghasilannya, Andrey Arshavin yang semakin meningkat (mungkin dari segi kosnya?), Thomas Rosicky yang lebih kepada segan untuk menjaring serta Carlos Vela yang kurang berpengalaman, namun itulah bahagian yang perlu Arsenal kuatkan lebih daripada apa yang biasa peminat fikirkan. Jika Arsene Wenger telah menjadikannya buruan perpindahan, dia telah melakukan sesuatu yang cukup bernas.

Jika Arsenal bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Mata, mereka akan berhadapan dengan saingan yang sengit daripada Liverpool dan Manchester City yang mana telah dikaitkan dengannya sebelum ini. Manchester City mempunyai kemampuan dari segi kuasa kewangan untuk memintas Arsenal dalam pasaran. Maka, ia menjadi tugas Wenger untuk membuktikan kepada Mata bahawa selain daripada tidak memenangi sebarang kejuaraan selama enam tahun, Arsenal adalah kelab yang sering menempah tempat.

Akhir sekali, di sini anda ditinggalkan dengan bukti bahawa Mata adalah seseorang yang sangat licik dan berbakat secara individu.


(Sumber: http://www.footballfancast.com/)