Denilson mungkin kekal di Arsenal

Thursday, June 30, 2011

Denilson tidak berunding dengan mana-mana kelab dan kini mungkin akan kekal di Arsenalnal.

Arsenal akan melakukan perubahan kepada skuad mereka menjelang musim panas ini dan Denilson, 23, telah menjadi pemain yang dikhabarkan akan dijual untuk memberi ruang kepada pemain-pemain baru yang bakal tiba.

Pada bulan lepas, Denilsontelah dipetik sebagai berkata bahawa dia telah melalui "musim paling teru dalam hidup" dan menambah: "Saya telah menemui Arsene Wenger dan memberitahunya apa yang saya rasakan dan dia bersetuju untuk melepaskan saya."

Bagaimanapun, agennya Gerardo Santiago telah menepis berkenaan dengan perpindahan ke AC Milan dan menganggapnya hanya sebagai "khabar angin" dan berkata Denilson akan kembali kepada kelab untuk latihan pra-musim.

"Pada waktu ini masih belum ada apa-apa rundingan," beritahu Santiago kepada Calcio Mercato. "Apa yang pasti pada waktu ini adalah Denilson akan melakukan latihan bersama Arsenal pada 7 Julai.

"Dengan Wenger kami hanya membincangkan tentang isu-isu lain, tetapi kami tidak pernah menyentuh berkenaan topik kemungkinan untuk pelepasan Denilson."


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)