Neymar bukan untuk dijual: Santos

Saturday, July 2, 2011
LONDON: Santos membuat kejutan terbaru apabila membuat pusingan-U dan memberitahu Chelsea: ‘Nyemar bukan untuk dijual.”

Terdahulu, The Blues diberi kebenaran berbincang dengan bintang Brazil itu selepas bersetuju dengan pembelian klausa kontrak pemain berkenaan yang bernilai £40 juta (RM200 juta).

Presiden Santos, Luis Alvaro de Oliveira membuat kejutan, semalam apabila menegaskan penyerang berusia 19 tahun itu akan terus kekal bersama kelabnya dan tidak akan ada sebarang rundingan.

“Neymar adalah buruan hangat ketika ini. Tapi kami tidak mahu memberi sebarang tawaran untuk perpindahan pemain ini ke kelab lain ketika ini. kami mahu dia bersama Santos untuk beberapa tahun lagi,” katanya.

Neymar kini bersama skuad Brazil untuk menghadapi cabaran di kejohanan Copa Amerika.

Oliveira menambah: “Peminat cinta pemain ini, bukan kerana cara dia bermain tetapi kualiti kemanusiaan dimilikinya.” 


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)