Bukan corak sebenar kami: Chih Tsung

Thursday, June 30, 2011

KETUA Jurulatih Taiwan, Lo Chih Tsung tidak bimbang dengan kekalahan 1-2 kepada skuad kebangsaan kerana yakin mampu melakukan terbaik menjelang perlawanan kedua, Ahad ini.

Menurutnya, itu bukan permainan sebenar pasukannya kerana secara asasnya mereka lebih gemar bermain secara menyerang.

“Memang kami tewas di sini, (Kuala Lumpur), tetapi sekurang-kurangnya mendapat kelebihan satu gol tempat lawan.

“Anda akan lihat corak kekuatan kami yang lebih mengamalkan corak menyerang dan terbuka berbanding dipamerkan malam tadi,” katanya.

Chih Tsung tetap optimis melihat anak didiknya mara ke pusingan kedua walaupun majoriti pemainnya diwakili pelajar universiti.

Pemain tengah, Chen Po Liang menceriakan kem Taiwan apabila meledak gol sagu hati bermakna sebelum membuat perseteruan kedua di gelanggang sendiri.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)