Reds naikkan bidaan kerana Adam

Monday, June 27, 2011

LIVERPOOL bersedia menaikkan nilai bidaan daripada RM43.7 juta kepada RM48.5 juta sekali gus mencabar Aston Villa yang turut mahukan kapten Blackpool Charlie Adam.

Adam menjadi sasaran utama The Reds pada musim perpindahan kali ini selepas gagal mendapatkan pemain itu pada musim panas Januari lalu dengan nilai berjumlah RM38.8 juta.

Sekiranya perbincangan berjalan lancar Adam bakal menjadi pemain kedua dibawa masuk selepas Liverpool menandatangani pemain kebangsaan England bawah 21 dari Sunderland, Jordon Henderson dengan nilai RM77.7 juta.

Sementara itu, skuad bimbingan Kenny Dalglish turut berminat membida bintang Aston Villa Stewars Downing meskipun Midlands meletakan harga RM97 juta.


(http://www.sinarharian.com.my/)