Arsenal tidak akan jual Vela - Agen

Tuesday, June 28, 2011

Oleh Jim van Wijk, PA

Arsenal tidak akan menjual Carlos Vela musim panas ini, akui agen pemain kebangsaan Mexico tersebut.

Pemain berusia 22 tahun itu telah dipinjamkan ke West Brom pada separuh musim kedua pada musim lepas, tetapi gagal melakukan kejutan, hanya menjaringkan 2 gol dalam 8 kemunculan di Liga Perdana Barclays.


Pemain Mexico tersebut dijangkakan sebagai salah seorang pemain yang akan disingkirkan daripada skuad Arsene Wenger berikutan satu lagi kempen yang menjanjikan sesuatu namun gagal untuk dikecapi.

Walau bagaimana pun agennya, Eduardo Hernandez menyatakan bahawa Carlos Vela masih lagi seorang yang sangat bermakna dalam rancangan Wenger. Dia memberitahu di ESPN Radioformula di Mexico: "Saya telah melakukan perbincangan sebanyak 8 kali bersama Arsenal, dan yang paling terbaru merupakan pada hari Jumaat lepas, dan Carlos Vela masih pemain Arsenal, dia akan terus berada di Arsenal dan bukan untuk dijual.

"Proses bersama Carlos Vela agak perlahan.
"Arsene Wenger merupakan seorang jurulatih yang mempunyai permintaan tinggi terhadap kemampuan pemain, dia telah menghantar Vela ke West Brom untuk pinjaman selama 6 bulan namun tidak mencapai matlamat yang dia mahukan, namun begitu semuanya berjalan dengan lancar."



Wenger pada waktu ini hanya melakukan tambahan terhadap pemain pertahanan muda Carl Jenkinson dari Charlton, tetapi Arsenal diketahui akan melakukan banyak urusniaga lagi sebelum musim panas berakhir.

Perjanjian bersama pemain pertahanan Blackburn Christopher Samba dan penyerang Ivory Coast, Gervinho difahamkan semakin hampir selesai, manakala ketibaan bintang Southampton, Alex Oxlade-Chamberlain dijangka pasti berlaku pada lawatan Arsenal ke Asia. Pemain tengah Everton bernilai £15 juta, Phil Jagielka merupakan salah seorang pemain yang dilaporkan menjadi sasaran.


Menurut pengakuan agen Vela, ada beberapa pemain akan meninggalkan kelab.

Pemain pertahanan Gael Clichy, pemain terakhir dalam skuad 'Invincibles' Wenger dari musim 2003/2004, akan mengakhiri tahun-terakhirnya dalam kontrak, dan dijangka akan meninggalkan Arsenal, dengan kedua-dua Liverpool dan Roma menawarkan tempat di kesebelasan utama, manakala pemain serangan Nicklas Bendtner kelihatan turut akan menyusur ke pintu keluar Stadium Emirates.

Spekulasi masih berterusan samada pemain tengah Perancis Samir Nasri akan kekal dalam perjanjian baru atau akan dijual. Manakala ketua pasukan Arsenal Cesc Fabregas sekali lagi terus diburu oleh kelab sejak kecilnya, Barcelona - namun bukan pada tawaran harga £30 juta sebagaimana yang ditawarkan pada musim lepas.

(Sumber: http://www.independent.co.uk/)