Wenger: Arsenal telah bincang kontrak Clichy dan mahukannya kekal

Monday, June 27, 2011

Bos the Gunners mengakui bahawa kelab mahu pemain pertahanan kiri tersebut kekal di kelab itu, dan mendedahkan bahawa perbincangan telah bermula untuk memanjangkan kontak pemain itu di Utara London

Oleh Adithya Ananth

Arsene Wenger menegaskan bahawa Arsenal mahu Gael Clichy kekal, dan telah memulakan perbincangan kontrak dengan pemain Perancis tersebut.


Pemain berusia 25 tahun dan pertahanan kiri tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab yang mana dia turut dikaitkan dengan keinginan untuk membuat penghijrahan keluar dari Utara London bersama Inter yang kini mendahului dalam buruan mereka.

Bayern Munich, Liverpool, Manchester City dan Roma turut pernah dilaporkan berminat untuk membawa khidmat pemain pertahanan tersebut kepada mereka. Tetapi bos the Gunners telah menyatakan bahawa kelab kini sedang berbincang kepada pemain pertahanan itu untuk terus berharap dia kekal.

"Kami telah mula perbincangan bersama Gael dan mahukan dia terus berada di sini," kata Wenger menurut Sky Sports.

Clichy hanya mempunyai baki setahun kontraknya bersama Arsenal, dan - selepas keluarnya Jens Lehmann - dia bakal menjadi ahli terakhir dalam skuad yang terkenal sebagai ' the Invincibles' dalam kelab. 


(Sumber: http://www.goal.com/)