Wenger - Jelajah Asia sangat penting sebagai persiapan

Saturday, July 2, 2011
 

Arsène Wenger percaya jelajah pra-musim ke Asia adalah merupakan persiapan penting untuk musim baru akan datang.

Pengurus pasukan tersebut mengalu-alukan pemainnya yang akan kembali untuk latihan minggu depan dan akan mendapat peluang pertamanya untuk menilai mereka apabila berada dalam perjalanan ke Malaysia dan China.

Arsenal akan bermain menentang Malaysia XI di Kuala Lumpur pada 13 Julai 13 sebelum menentang pasukan Hangzhou Greentown dari China tiga hari kemudian dan Wenger yakin perjalanan jauh dalam minggu tersebut akan mengukuhkan mereka untuk kempen 2011/12 campaign.

“Kumpulan tersebut akan merasa kehidupan yang jauh berbeza jadi adalah penting untuk merasai pengalaman sedemikian bersama-sama," pengurus tersebut memberitahu Arsenal.com pada akhir musim lepas.

“Ia merupakan sebuah peluang untuk kami membina permainan kami, untuk melepas bagaimana bentuk pemain di dalamnya apabila kembali dan juga untuk melihat siapa pemain baru yang bakal kami ada. Ia sangat penting untuk melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri bersama pasukan.

“Kita akan membawa pasukan terbaik yang mungkin. Kita akan melalui perjalanan tersebut selepas seminggu selepas latihan [dan] semuanya akan kembali jadi keseluruhan squad akan pergi.”

Untuk 10 musim yang lepas, Arsenal telah melakukan perjalanan singkat ke Austria untuk kem latihan pra-musim, tidak berhadapan dengan perjalanan yang sangat jauh.

Wenger mengakui bahawa dia menolak sebarang perjalanan jauh pada mulanya tetapi menerima untuk menemui para penyokong di Timur jauh yang mana dia sedar ia sebuah peluang yang tidak patut dilepaskan.

“Saya menolak pada awalnya tetapi, Liga Perdana telah menjadi liga yang semakin membesar, ia sangat penting untuk kami membina pengkalan peminat kami,” kata lelaki Perancis tersebut.

“China adalah sebuah negara besar yang mana bolasepak sedang membangun. Liga Perdana adalah satu jenama dunia dan kita tidak mahu ketinggalan di sebuah negara yang yang mana kita mempunyai potensi peminat.

“Organisasinya tentu hebat dan kemudahannya juga hebat. Mereka akan cuba membantu anda untuk datang jadi saya tidak begitu khuatir mengenai jangkaan yang biasa kita risaukan apabila melalui perjalanan yang jauh.

“Secara faktanya saya telah bekerja di Jepun dan saya pernah pergi ke Malaysia dan China, saya tahu bagaimana mereka mahu membantu anda dalam menyediakan apa yang patut dan saya agak tenang untuk melalui perjalanan ke sana.”


(Sumber: http://www.arsenal.com/)