Roberto Di Matteo: Permulaan mudah buat Chelsea dalam Liga Perdana berbanding United

Thursday, June 30, 2011
Pembantu jurulatih baru the Blues berkata United mesti membuktikan 'mengapa mereka juara' pada seawal beberapa minggu musim baru bermula dan dia mengalu-alukan 'permulaan yang mudah' kepada pasukannya


Oleh Salvatore Landolina

Pembantu jurulatih Chelsea Roberto Di Matteo percaya bahawa pasukannya boleh menggunakan peluang terbaik dalam permulaan mudah dalam Liga Perdana untuk menumbangkan harapan awal Manchester United untuk mengekalkan gelaran juara bertahan.


Skuad the Blues akan menentang Stoke, West Brom dan Norwich dalam tiga perlawanan awal mereka dalam jadual musim, manakala United akan berdepan dengan West Brom, Tottenham dan Arsenal.

Bekas jurulatih West Brom mengakui kelab barunya memiliki permulaan yang mudah dalam kempen dan pasukan Syaitan Merah pula dijangka terpaksa bertarung bermati-matian untuk mengekalkan reputasi mereka sebagai juara.

"Seperti beberapa pasukan lain,Chelsea akanbermula dengan mudah, sekurang-kurangnya sehingga minggu kelima apabila kami akan berkunjung ke Manchester United," Di Matteo memberitahu Sky Sport Italia, seperti yang dilaporkan oleh Tuttomercatoweb.com.

"United bakal berhadapan dengan dua perlawanan besar lebih awal, Tottenham pada minggu kedua manakala Arsenal di minggu ketiga, dan mereka terpaksa menunjukkan kenapa mereka adalah juara."

Bercakap mengenai pasukan yang baru memasuki Liga Perdana - Queens Park Rangers, Norwich dan Swansea - katanya: "Ia tentu agak sukar bagi pasukan yang baru naik ke Liga Perdana terutama seperti Swansea.

"Bagi mereka ia yang julung-julung kalinya dan mereka terpaksa menunjukkan mentaliti dan keteguhan mereka dalam Liga Perdana, menentang Manchester City."

Bekas pemain tengah Lazio telah menghabiskan masa di Chelsea sebagai pemain diantara tahun 1996 dan 2002. Dia kembali sebagai pembantu kepada Andre Villas-Boas.


(Sumber: http://www.goal.com/)