Bintang harapan Argentina akui impikan Arsenal

Saturday, July 2, 2011

Oleh Mark Bollons

Saga perpindahan Ricardo Alvarez berputar lagi hari ini, dengan pemain tersebut mengaku bahawa dia suka jika dapat bermain untuk Arsenal.

Selepas dikaitkan dengan beberapa kelab yang merentasi Eropah termasuk Inter Milan dan Napoli, pemain berusia 23 tahun tersebut menjadi pemain yang sangat penas dalam radar perpindahan ketika ini.

Laporan daripada the Sun sebelum ini mendakwa bahawa bos Arsenal Arsene Wenger telah melakukan persiapan untuk mendapatkan pemain itu, dan kini Alvarez telah menyatakan niatnya untuk membuat perpindahan ke Emirates.

"Saya gemar bermain untuk Arsenal, ia merupakan sebuah impian bagi saya," kenyataan pemain itu.

"Semoga tuhan memakbulkannya!"

Sumber besar di Arsenal telah mengesahkan bahawa kelab tersebut sedang memantau pemain Argentina tersebut, walaupun sebelum ini dinyatakan bahawa harga £11 juta telah membawa perpincangan terhadapnya.

"Sememangnya dia menjadi tarikan (bagi Arsenal). Belum ada perjanjian dilakukan kepada kelabnya Velez Sarsfield tetapi memang benar kelab tersebut sedang memantau Alvarez."

Dalam kekeliruan lain, presiden Palermo Maurizio Zamparini mendakwa pada minggu lepas bahawa the Gunners telah memenangi perlumbaan untuk mendapatkan pemain tersebut, dakwaan itu dinafikan oleh pasukan Utara London itu.

"Kami telah berdepan dengan perkara ini pada Januari lepas tapi kini Arvarez telah memberikan kami pelepasan dan telah menandatangani Arsenal."

Pengakuan itu kini menjadikan Arsenal mudah untuk membawa masuk pemain tersebut dan meneruskan pengejaran mereka, walaupun akan ada beberapa perkara lagi mungkin boleh berputar secara kebiasaannya dalam perlumbaan perpindahan.


(Sumber: http://www.givemefootball.com/)