Man City makin hampir ikat Clichy

Saturday, July 2, 2011

LONDON: Manchester City sudah hampir pasti bakal melengkapkan perpindahan buat bek kiri Perancis, Gael Clichy dan ketika sama juga berminat untuk menandatangani rakan sepasukan pemain itu dari Arsenal, Samir Nasri, menurut laporan Sky Sports kelmarin.

Juara Piala FA yang berbelanja besar itu dilaporkan mendahului Liverpool dalam perlumbaan untuk menandatangani Clichy dan sedang menyediakan tawaran 20 juta pound (kira-kira RM100 juta) untuk pemain tengah Perancis, Nasri, menurut rangkaian televisyen British.

Nasri, 24, menikmati musim terbaiknya mewakili Arsenal, menjaringkan 10 gol tetapi masih belum bersetuju terhadap tawaran lanjutan kontrak dan juga dikhabarkan menarik minat juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Apapun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan sebaliknya ghairah mahu mengekalkan pemain ini. Dia sudah menyuarakan tidak minat menjual anak didiknya itu kepada pasukan musuh tradisi, Manchester United.

Dia menyertai skuad Arsene Wenger daripada Marseille pada 2008 dan sejak itu membuat lebih 80 penampilan untuk Arsenal yang tidak memenangi sebarang trofi sejak menjuarai Piala FA 2005. - AFP


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)