Hector Bellerin gembira pilih Arsenal

Saturday, July 2, 2011

Oleh Tegar Paramartha

Salah seorang pemain akademi Barcelona yang telah menyertai Arsenal iaitu Hector Bellerin, mengaku gembira dengan pilihan tersebut.

Pemain berposisi sebagai pertahanan kanan tersebut mengaku memilih berhijrah ke London kerana dijanjikan menjadi pemain tetap dalam pasukan utama untuk jangka waktu terdekat.

"Saya berada di rumah dan ayah saya memanggil dan mengatakan bahawa Arsenal berada di talian," ujar pemain berusia 16 tahun tersebut kepada Punto Pelota.

"Kami memutuskan untuk pergi ke sana untuk melihat semua perkara. Saya belum memutuskan kerana saya berada di Barcelona sepanjang hidup saya maka ia menjadi satu perkara yang agak sukar."

"Tetapi setelah mengevaluasi semuanya, saya memutuskan untuk menyertai Arsenal. Apabila anda ingin menjadi profesional anda harus mencari jalan anda. Dan saya yakin jalan yang betul bagi saya adalah memilih Arsenal."

"Kami bertemu Wenger dan semuanya berjalan dengan sangat lancar. Saya mendengar semua yang dijelaskannya. Ketika ada pasukan yang menjanjikan anda bermain untuk pasukan utama dan dalam Liga Perdana Inggeris, maka adalah amat sukar untuk berkata tidak."

"Wenger telah menjelaskan kepada saya bagaimana Arsenal serta projek yang mereka siapkan untuk saya dan dia sangat tertarik dengan kemampuan saya."


(Sumber: http://www.goal.com/)