Adebayor tolak kelab kedua dalam masa seminggu!

Friday, July 1, 2011
Pemain City dan bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor kini telah tidak diperlukan oleh Roberto Mancini di Eastlands, tetapi dia kelihatan amat cerewet berkenaan di mana dia akan bermain pada musim akan datang, dan dia berkeras mahu kembali kepada Real Madrid yang mana dia dipinjamkan pada musim lepas ke sana.

Arsene Wenger tidak menunggu lama untuk melepaskannya dari Emirates, dan Mancini turut merasa perkara sama, tetapi terlalu sedikit pasukan yang boleh mampu untuk menandingi gaji-gajinya semasa berada di Man City.

Pada mulanya Adebayor telah ditawarkan sebuah perjanjian yang lumayan gergasi bolasepak Rusia iaitu Zenit yang telah ditolak olehnya, dan kini dia telah menolak peluang untuk menyertai Blackburn Rovers pula.

Pemilik baru Blackburn, Venkys, berkeinginan untuk membawa kejayaan ke Ewood Park, namun dia menghadapi kesukaran untuk menarik pemain-pemain terkemuka ke kelab. Malah Steve Kean sendiri tidak mampu mengekalkan pemain terbaik mereka di Blackburn! 


(Sumber: http://www.footylatest.com/)