Cesc harus tunjuk sedikit rasa hormat pada Arsenal

Thursday, June 30, 2011
"Jika seseorang pemain berada dalam pasaran, itu bermakna kelab tidak mahukannya."


Begitulah apa yang dikatakan oleh Cesc Fabregas kelmarin apabila ditanya berkenaan perpindahannya dari Arsenal ke Barcelona.

"Kelab tidak mahukannya." Benarkah begitu?

Ia adalah kenyataan yang tidak berasas, seperti melepaskan batuk di tangga terhadap pasukan yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun menolak pemburuan agresif Barca terhadap Fabregas.

Mereka telah melakukan sedaya-upaya yang termampu untuk membuatkan dia gembira, dengan menjadikan dia sebagai seorang ketua pasukan - keputusan yang menukarkan fokus kerjayanya daripada seorang pemain biasa kepada kepimpinan berkemahiran luar biasa demi pasukan.

Kini, selepas beberapa musim panas bergelut untuk mengekalkannya, Arsenal telah membuat keputusan untuk melepaskannya dan dan mengambil hasil penjualan £35 juta untuk pemain bintang mereka.


Walaupun pada dasarnya dia telah begitu setia bersama Arsenal, Fabregas telah secara keras melancarkan keinginannya untuk kembali ke Barcelona.

Maka dengan ini dia cuba untuk menerbalikkan situasi tersebut dan meletakkan perpindahan itu atas sebab keinginan Arsenal sendiri, bukan kerana kemahuannya atau Barcelona, ia begitu sinis sekali sebagai pengakhirannya.

Apa yang kurangnya, petikan itu tidak diulangi - ia datang daripada pertanyaan-pertanyaan media. Dengan peluang untuk membalas, dia mungkin boleh memilih perkataan-perkataan lain untuk disebutkan.

Namun begitu, dia sepatutnya lebih tahu dan tidak menganggap kelab sebagaimana yang diperkatakannya serta penyokong yang membantunya menjadi pemain sebagaimana dia kini.

Memang terdapat perlbagai cara untuk dia boleh mengatakan bahawa kata-katanya diselewengkan atau di luar konteks namun dia seharusnya masih punyai sedikit rasa hormat kepada Arsenal.

Pada awal tahun ini, dia mendakwa bahawa dia amat marah terhadap majalah Don Balon yang telah memutar-belitkan perkataannya apabila dia berkata bahawa di Spanyol, Arsene Wenger mungkin akan dipecat kerana kemarau trofi.

Kemudiannya Don Balon menyiarkan transkrip penuh temubual itu dan memperlihatkan Fabregas menyebut seperti mana yang telah dipetik, yang meninggalkan Arsenal dengan kesedihan tentang salinan tersebut - ia mungkin satu isu yang berbeza.

Secara kebetulan, ulasan seterusnya oleh Fabregas dari temubual telah diulangi dengan lebih tepat oleh Wenger dalam sebuah surat kepada para peminat yang disiarkan pada minggu ini.

Fabregas memberitahu Don Balon: "Bagi saya ianya adalah kekurangan mentaliti dalam memperoleh kemenangan, serta kematangan dalam saat-saat penting. Kami mempunyai banyak kualiti tetapi kekurangan dalam keyakinan dari segi ini."

Wenger menulis kepada para peminat: "Kita tidak mampu untuk ...tekanan pada saat-saat penting dalam musim tersebut. Saya rasa mereka kehilangan sifat yakin dan anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka tidak memiliki ketajaman dan kekuatan mental serangan sebagaimana selalu." Snap...

Fabregas sepatutnya meninggalkan Arsenal dengan kenangan manis, bukan kepahitan. Satu-satunya sebab mengapa dia kembali ke Barcelona adalah kerana dia meninggalkan Arsenal.

Semasa Fabregas meninggalkan Camp Nou pada 2003, berusia 16, pemain tengah Barca terdiri daripada Xavi, Iniesta, Davids, Cocu, Thiago Motta dan Gerard.

Skuad yang sangat padat, dan telah menjadikan Cesc remaja yang tiada peluang untuk perkembangan diri dalam pasukan utama, sebagaimana yang telah dia tempuhi setahun selepas berada di Highbury.

Sudah tentu Fabregas memiliki kemampuan yang hebat, dan telah datang daripada sekolah masa kecilnya di akademi La Masia Barcelona.

Namun adakah dia mampu sejauh itu, sepantas itu, jika tanpa kepercayaan Arsene Wenger terhadap Fabregas yang masih remaja? Ia tidak mungkin berlaku.

Arsenal telah dilabelkan sebagai peragut, memancing pemain muda daripada akademi musuh dan membuat keuntungan hasil daripada kerja orang lain.

Namun begitu seandainya dia tidak berhijrah ke London, Fabregas tidak akan mampu untuk menjadi seorang pemain sebagaimana dia pada hari ini.

Sebagai tambahan kepada pasukan utama dalam bolasepak, apa yang ada di England telah membantu dan memberi peluang untuk pemain meningkatkan bakat kemahiran teknikal yang sedia ada yang telah dibekalkan oleh akademi remaja di Spanyol.

Seperti Xabi Alonso, Fabregas telah menjadi lebih gagah, lebih kuat dan pantas sepanjang berada di England. Dari segi caranya mungkin dia telah membangkitkan kemahiran gayanya, bermain sebagai pemain tengah Liga Perdana adalah sangat mengkagumkan untuk pemain melakukan keputusan dengan pantas - dan Fabregas merupakan salah seorang yang terbaik.

Tiada apa yang tidak kena jika Fabregas meninggalkan Arsenal untuk Barcelona - jika dia mahu berhijrah ke kelab lain, itu tidak menjadi isu.

Barca akan mendapat seorang pemain yang sangat bagus, Arsenal pula akan memperoleh pendapatan yang sangat lumayan, dan Fabregas akan bermain untuk sebuah kelab yang menjadi kegemarannya. Tiada masalah untuk itu.

Namun begitu apa yang patut dia lakukan adalah berhadapan dengan apa pun motif perpindahannya, dan meninggalkan Arsenal secara terhormat dengan tidak mengatakan bahawa dia dipaksa untuk keluar.


(Sumber: http://uk.eurosport.yahoo.com/)