Galatasaray Tawar Andrey Arshavin £13,5 juta

Saturday, July 2, 2011
Arsenal pertimbang lepaskan Andrey arshavin.


Oleh Aditya Ramadhan

Galatasaray, kelab dalam Liga Turki, melayangkan tawaran sebanyak £13.5 juta kepada Arsenal untuk mendapakan pemain tambatan Andrey Arshavin.

The Sun melaporkan bahawa Galatasaray yakin akan mampu memujuk Arshavin, yang kian terancam kehilangan tempat dalam skuad utana the Gunners susukan kehadiran Gervinho dari Lille.

Mengikut sumber di stadium Emirates, The Sun menyatakan bahawa Arsenal memang sedang mempertimbangkan untuk menjual Arshavin. Jika tidak dijual pada waktu ini, Arsenal berisiko kehilangan pemain Rusia itu tanpa memperoleh apa-apa pun.

Kontrak Arshavin bersama Arsenal hanya tinggal satu musim sahaja lagi. Arsenal enggan memperpanjangkan kontraknya kerana usia Arshavin yang telah menjangkau 30 tahun.

Galatasaray bukan satu-satunya kelab yang memerlukan khidmat Arshavin. Zenit St Petersburg, kelab lama Arshavin juga ingin membawa bintangnya itu pulang.


(Sumber: http://www.goal.com/)