Sasaran Arsenal: Karim Benzema

Monday, June 27, 2011
Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Real Madrid


Pemain kebangsaan Perancis tersebut tidak pernah mempertimbangkan untuk keluar dari ibukota Spanyol itu dan dia berpuas hati dengan musim ke-2nya di Santiago Bernabeu

Oleh Stefan Coerts

Pemain penyerang Real Madrid Karim Benzema menyatakan bahawa dia tidak pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab, dan menambah bahawa dia berpuas hati dengan persembahannya semasa kempen 2010-2011.

Setelah gagal untuk mendapat keserasian di Santiago Bernabeu pada musim pertamanya, ada spekulasi mengatakan bahawa pemain Perancis tersebut seolah-olah telah bersedia untuk meninggalkan kelab pada tahun lepas, samada ke Arsenal ataupun Juventus yang pada masa itu sedang memantau situasinya di ibukota Spanyol tersebut.

Bercakap kepada AS, penyerang itu mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang keinginan untuk berhijrah dengan menyebut, "Saya tidak melihat bahawa diri saya akan meninggalkan Real Madrid. Saya tidak akan berputus asa pada saat-saat yang begitu sukar. Itulah kekuatan saya dan filosopi peribadi saya.

"Saya sedar bahawa ia sangat getir untuk sebuah persaingan setiap masa dan apabila anda berada dalam sebuah kelab yang besar seperti Real Madrid. Ia adalah sebuah rutin."

"Musim kedua saya di Madrid tidak bermula sebagaimana yang saya harapkan, namun berada di bangku simpanan membuatkan saya berubah menjadi lebih baik. Saya agak berpuas hati dengan persembahan saya pada musim lepas. Saya rasakan bahawa saya telah melaluinya di lua jangkaan."

Benzema berkata semasa dalam perbincangan mengenai kempen 2011-2012 dan menyatakan bahawa cita-citanya adalah untuk melakukan kejutan dalam pasukan utama sekali lagi, selepas mengambil kesempatan terhadap kecederaan yang menimpa Gonzalo Higuain untuk menjaringkan 26 jaringan gol semasa musim 2010-11.

Tambahnya: "Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan saya berada di tahap terbaik untuk memberikan sesuatu yang terbaik. Saya takkan katakan berapa jumlah gol yang akan saya jaringkan.  Saya hanya mahu melakukan kejutan yang besar dan terus berjaya. Saya yakin saya akan menjaringkan lebih banyak gol.


(Sumber: http://www.goal.com/)