Nasib Nani di Old Trafford

Monday, June 27, 2011

PEMAIN tengah Manchester United, Nani mahu kelab itu memberi penjelasan terhadap statusnya selepas juara Liga Perdana Inggeris itu menandatangani perjanjian membawa masuk Ashley Young, minggu lalu.

Nani, 24 beraksi cemerlang musim lalu dengan menjaringkan 10 gol peribadi, namun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama pada aksi final Liga Juara-juara mengundang pertanyaan mengenai nasibnya di Old Trafford.

Dengan adanya Young, adalah mustahil pengurusnya Sir Alex Ferguson akan membiarkan bekas pemain tengah Aston Villa itu sekadar duduk di bangku menempatkan pemain simpanan.

United bakal memulakan latihan pada 4 Julai depan dan Nani bakal bersemuka dengan Fergie mengenai perkara ini.

Sebelum ini, Nani disunting dua kelab gergasi Itali Juventus dan Inter Milan. 


(http://www.sinarharian.com.my/)