Arsenal alihkan tumpuan kepada Jose Enrique

Saturday, July 2, 2011

Oleh Tegar Paramartha

Arsenal dikhabarkan turut memburu pemain pertahanan Newcastle United yang berasal dari Spanyol, iaitu Jose Enrique, pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Klub asuhan Arsene Wenger tersebut akan bersaing dengan Liverpool yang juga telah menyatakan minatnya terhadap Enrique.

The Daily Mail menyatakan bahawa the Gunners mengalihkan tumpuan mereka kepada Enrique yang mempunyai nilai sebanyak £6 juta, setelah Arsenal tidak mahu menuruti permintaan £15 juta yang diletakkan oleh Everton untuk Leighton Baines.

Seperti yang diketahui, Arsenal pada akhir-akhir ini sibuk mencari pemain sayap pertahanan yang berkualiti untuk menggantikan Gael Clichy yang akan berpindah ke Manchester City.


(Sumber: http://www.goal.com/)