Tiada senyuman pada wajahnya dalam sarungan jersi ke-2

Monday, June 27, 2011

Ia sepatutnya menjadi satu sambutan buat Arsenal untuk mengenang kembali kenangan selepas 125 tahun, tetapi ia kelihatan seperti Samir Nasri berada dalam ketiadaan mood untuk menyertainya.

Dalam pelancaran jersi baru kedua skuad the Gunners untuk musim 2011/12, pemain tengah tersebut kelihatan tidak berminat dengan sarungan jersi biru menyerong itu, yang turut disertai dengan lambang baru sebagai tanda ulangtahun ke-125 kelab seperti yang tertera dalam jersi pertama.

Ia mungkin bukan hanya rekabentuk baru yang menjadi kehairanan bintang Perancis tersebut. Pemain berusia 24 tahun itu masih melengah-lengahkan hasil rundingan barunya di Emirates Stadium, dengan Manchester United masih memburunya dengan begitu rapat untuk mendapat khidmatnya serta baki kontrak setahunnya yang akan tamat pada tahun hadapan.

Jersi tersebut mungkin kelihatan seperti salinan jersi Monaco, tetapi menurut Arsenal garisan pepenjuru tersebut mewakili gnomon (penuding) yang mana akan menunjukkan bayang pada sebuah jam matahari - sebagai memperingati jam matahari asal Dial Square yang berada di tapak kilang senjata Arsenal di Woolwich, di mana kelab tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1886.

Sebagai tambahan, jalur tersebut diperbuat daripada poliester yang telah dikitar semula, yang mana merupakan buat kali pertama untuk musim ini dan ia dikeluarkan untuk kedua-dua kemeja dan seluar pendek. Setiap kelengkapan dibuat menggunakan sehingga 13 botol air plastik yang dikitar semula.

Kelengkapan tersebut kini sedia untuk pra-tempahan melalui web rasmi kelab lebih awal daripada tarikh pelancarannya iaitu pada 28 Julai. 


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)