Inter rebut Alvarez dari Arsenal

Monday, June 27, 2011
INTER Milan tetap berkeras mahu memancing bintang Velez Sarfield Ricky Alvarez walaupun tahu pemain tengah itu hampir memeterai perjanjian dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Roma sebelum ini, turut menawarkan RM64.8 juta untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Argentina itu, namun menolak kerana harga ditawarkan terlalu tinggi.

Tetapi dalam kenyataan pengarahnya, Christian Basseda kemungkinan kelab Argentina itu menolak tawaran Inter kerana mahu Alvarez meneruskan kerjayanya di Anfield.


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)