Sanchez mungkin kekal dalam aksi Liga Itali

Saturday, July 2, 2011

LONDON: Udinese menegaskan masih ada beberapa kelab lagi meneruskan buruan mendapatkan tandatangan Alexis Sanchez.

Pemain sayap berkenaan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab juara Eropah, Barcelona tapi masih tampak buntu ketika ini manakala Manchester City pula sudah melupakan hasrat itu.

Cuma Chelsea dan Inter Milan masih menjejak langkah pemain antarabangsa Chile itu.

Pengarah Sukan Udinese, Fabrizio Larini juga memberi bayangan Sanchez, 22, mungkin akan terus kekal dalam aksi Liga Itali.

Larini berkata: “Belum ada sebarang perjanjian mengenai Sanchez. Andai tiada sebarang perjanjian kami akan gembira untuk mengekalkan pemain ini di sini.

“Inter bertanya kami Januari lalu tetapi kami tidak buka mulut kerana mahu menyimpan pemain ini sekurang-kurangnya sehingga Jun.

Sanchez menjaringkan 12 gol, musim lalu membantu Udinese menyudahkan di tempat keempat Serie A dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah. - Agensi


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)