Bayar atau batal...!!!

Monday, June 27, 2011
Buat bayaran yang diminta atau batalkan sahaja niat untuk dapatkan Fabregas. Rela lepaskan Fabregas hanya jika dengan bayaran yang tepat, pengakuan rasmi kelab 


Untuk pertama kalinya Arsenal mengakui bahawa mereka akan menjual Cesc Fabregas, tetapi hanya jika harga yang ditawarkan tepat.

Barcelona telah membuka bidaan untuk ketua pasukan the Gunners itu pada musim panas ini, dengan tawaran £27 juta untuk pemain yang telah meninggalkan kelab tersebut semasa berusia 16 tahun.

Tawaran tersebut kurang £4 juta daripada harga yang diminta pada tahun sebelumnya, semasa Arsenal bertegas untuk membuang spekulasi tersebut dan Barca pula cuba menggunakan pelbagai cara yang mungkin untuk mendapatkan bintang Arsenal tersebut.

Walau bagaimanapun Fabregas kini tidak berada di tahap terbaik sepanjang kempen, dibelenggu dengan masalah kecederaan dan bekerja keras dalam posisi barunya yang hampir dengan penyerang pinjaman.
However Fabregas was well below par for much of the campaign, hampered by injury and struggling in a new position close to the loan striker.

Dan kini dengan khabar angin dalam akhbar Spanyol bahawa pemain berusia 24 tahun tersebut tidak akan kembali untuk latihan pra-musim pada 5 Julai, sumber terbesar di Arsenal pula mengakui bahawa 8 tahun khidmat Fabregas di Utara London akan berakhir.

Sumber rasmi itu menyebut: 'Tawaran itu dilakukan saecara rasmi kepada ketua eksekutif (Ivan Gazidis), dan kami menolaknya mentah-mentah.

Apabila diajukan mengenai kemungkinan kelab itu menerima tawaran seperti yang diharapkan pada minggu ini, sumber tersebut memberitahu BBC: 'Kemungkinannya ya, dan jika ianya mencukupi maka kita terpaksa menjualnya.'

Permasalahan dari segi kewangan bagi Barcelona merupakan gangguan besar untuk mendapatkan persetujuan tersebut, dengan Arsenal mengharapkan agar tawaran yang diberikan melebihi  £35 juta yang mana tidak mampu ditunaikan bagi skuad Catalan itu.

Seper5ti yang telah didedahkan oleh Sportsmail, kelab telah menyediakan bidaan sebanyak £18 juta untuk pemain bawah 21 tahun Sepanyol, Juan Mata, dan turut menjejaki potensi-potensi baru untuk bahagian serangan tengah termasuk pemain Argentina, Ricardo Alvarez.


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)