Saya datang bukan untuk di bangku simpanan

Friday, July 1, 2011

Pemain penyerang Lille Gervinho berfikir penghijrahannya ke Arsenal yang akan berlaku tidak lama lagi telah memberitahu Arsene Wenger bahawa kehadirannya adalah dengan niat untuk menjadi pemain utama Arsenal setiap minggu.

Selepas memenangi Liga dan Piala bersama Lille pada musim lepas, dia berniat untuk meneruskan kemenangan bersama the Gunners, dan turut memberi amaran kepada Theo Walcott bahawa dia turut berniat untuk merampas posisi pemain sayap Arsenal itu di atas padang.

"Saya memilih Arsenal kerana ia sebuah pasukan muda, yang mudah untuk saya menyesuaikan diri. Saya akan gembira di sana," kata Gervinho.

"Saya datang ke Arsenal untuk bermain. Sya mahu menjadi sebahagian daripada permainan. Saya bukan berpindah ke Arsenal untuk duduk di bangku simpanan. Saya bukan datang ke sana untuk mengambil sebarang risiko. Saya datang ke sana untuk bermain - dan saya akan datang untuk mengecapi kemenangan.

"Hanya ada beberapa perkara lagi yang perlu melalui pemeriksaan, namun ia tidak akan mengambil masa yang lama. Saya bukan meragukan apa-apa, namun dalam perjanjian perpindahan terdapat masa untuk menganalisa, berfikir, berbincang. Banyak perkara akan bergerak secara perlahan dalam ketika itu. Ia akan berhasil selepas tandatangan berlaku."

Arsene Wenger pasti akan gembira mendengar komen positif dari Gervinho itu. Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa perkara negatif yang berlaku di Emirates.


(Sumber: http://www.footylatest.com/)