Arsenal rampas Gervinho

Saturday, July 2, 2011
Perpindahan RM53j ke Spurs tidak jadi kenyataan


LONDON: Arsene Wenger memulakan tugasannya ‘membina semula Arsenal’ dengan merampas Gervinho daripada pencabar mereka, Tottenham Hotspur yang turut memasang impian sama.

Penyerang Ivory Coast berusia 24 tahun itu melaungkan hasrat untuk membantu Gunners menamatkan tempoh enam tahun tanpa sebarang trofi.

Gervinho sudah di ambang melengkapkan perpindahan bernilai 11 juta pound (RM53 juta) ke Spurs dari Lille - seperti didedahkan oleh SunSport pada 15 Jun lalu.

Dia berkata: “Saya memilih Arsenal kerana ia satu kumpulan pemain muda yang mana mudah untuk saya menyesuaikan diri. Saya boleh membangun dengan lebih baik di sini. Hanya tinggal sedikit saja lagi butiran untuk diselesaikan.

“Satu risiko? Tidak sama sekali. Saya ke Arsenal untuk bermain bola sepak. Risiko terbaik untuk diambil ialah cuba menjaringkan gol dan banyak bermain.

“Dalam bola sepak, anda perlu ambil risiko jika anda mahu menang. Saya ke Arsenal untuk menang.”
Pengurus, Wenger dan tawaran beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah memberi kelebihan kepada Arsenal berbanding Spurs mendapatkan Gervinho.

Ia adalah satu perpindahan yang mengambil masa lama kerana Lille cuba membuat Arsenal memenuhi harga permintaannya. Wenger pada awalnya mengemukakan tawaran 7.2 juta (RM34.75 juta), tetapi tampak bakal memuktamadkan urus niaga mendapatkan pemain Perancis itu. - Agensi


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)