Yakin capai sasaran

Monday, June 27, 2011

SASARAN awal Harimau Muda A untuk menduduki tangga kelima teratas hampir menjadi kenyataan pada aksi saingan Liga Super 2011 dengan syarat perlu menumpaskan Tok Gajah, malam ini.

Jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, meskipun bertandang ke Pahang tanpa empat tonggak utama yang beraksi untuk skuad kebangsaan ia tidak menjejaskan prestasi anak buahnya.

“Walaupun kita turun tanpa empat pemain utama, pasukan masih boleh lakukan yang terbaik sekali gus mengisi slot ke kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.

“Saya mahu pemain mengambil peluang ini untuk menonjolkan prestasi masing-masing kerana bagi saya, Pahang sangat hebat ditambah kelebihan bermain di laman sendiri,” katanya.

Setakat ini, pasukan yang juga skuad Olimpik ini menduduki tangga keenam dengan mengumpul 36 mata. Namun, dengan baki dua perlawanan lagi mereka yakin mampu mencapai sasaran lima teratas jika memenangi perlawanan ini .



(http://www.sinarharian.com.my/)