RM1.7 juta untuk bangunkan bola sepak negara

Thursday, June 30, 2011

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pembangunan bola sepak seawal usia 12 tahun hingga ke peringkat sekolah menengah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, ia akan disalurkan untuk penganjuran Liga Kementerian Pelajaran, Karnival Sukan Berprestasi Tinggi serta pembelian peralatan sukan.

''Semua peruntukan ini khusus untuk membantu Kementerian Pelajaran dalam membangunkan sukan bola sepak di setiap sekolah tambahan penghujung tahun ini terdapat penganjuran My Soccer Kids," katanya, sambil menambah peruntukan itu adalah sebahagian daripada Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Bengkel Penyelarasan Bola Sepak dan Pelancaran Logo Program Pembangunan Bola Sepak Negara di Bukit Jalil, semalam.

Katanya, kerjasama antara FAM dan Kementerian Pelajaran harus diteruskan dalam usaha pencarian bakat baru di peringkat akar umbi.


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)