Rosicky mahu kecapi sesuatu di Arsenal

Friday, July 1, 2011
Pemain tengah dari Czech  mahu terus kekal dan bersaing dalam skuad the Gunners, dan mendakwa bahawa dia tidak mengetahui apa-apa berkaitan perpindahan Cesc Fabregas ke Barcelona dan "tidak akan bercakap apa-apa"


Oleh Michael Lightfoot

Selepas lima musim tanpa trofi, Tomas Rosicky mahu mengecapi kejayaan di Arsenal dan tidak berniat untuk meninggalkan Emirates berikutan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan.

Pemain kebangsaan Czech tersebut telah menegaskan untuk meneruskan cabaran untuk tempatnya dalam skuad dan sangat mengharapkan kemenangan trofi bersama kelab selepas berikrar untuk setia kepada pengurus Arsene Wenger.

Rosicky hanya mempunyai baki setahun dalam kontarknya dan ada spekulasi mengatakan bahawa Wenger akan melepaskan pemain tengah tersebut selepas beberapa masalah berikutan kecederaan dan masalah kesihatan.

Namun dia memberitahu website Czech iDNES.cz: "Saya tidak mahu pergi ke suatu tempat yang mana terlalu mudah bagi saya dan di mana kehidupan biasa itu sangat mudah.

"Saya mahu kecapi sesuatu di Arsenal.

"Isnin nanti saya akan mula berlatih untuk pra-musim bersama Arsenal.

"Sebelum bercuti saya telah bercakap dengan jurulatih Wenger dan dia beritahu saya bahawa dia masih mahukan khidmat saya dan tiada keinginan untuk menjual saya."

Rakan seangkatannya Cesc Fabregas dan Samir Nasri, juga pemain pertahanan Gael Clichy, telah dikhabarkan akan berpindah ke kelab lain, yang mana memperlihatkan bahawa pemain Spanyol itu akan kembali ke kelab lamanya Barcelona.

Pemain berusia 30 tahun tersebut berharap rakan sepasukannya itu akan terus berada di dalam kelab, namun tidak akan berbicara mengenai perpindahan itu yang dilaporkan bernilai £35 juta.

Dia menambah: "Saya ada bercakap dengannya di talian  baru-baru ini, tetapi saya tidak maklum mengenai itu.

"Seandainya saya mengetahuinya, saya tidak akan berbicara mengenainya.

"Saya suka jika dia terus kekal kerana dia merupakan seorang rakan sepasukan yang baik dan juga merupakan pemain bolasepak yang bagus."


(Sumber: http://www.goal.com/)