Nasri bincang masa depan

Monday, June 27, 2011

BINTANG sensasi Arsenal Samir Nasri bersedia duduk semeja dan berbincang dengan jurulatih Arsene Wenger mengenai masa depannya di kelab itu selepas menjadi sasaran musuh mereka Manchester United pada musim perpindahan ini.


Nasri ditawarkan kontrak lima tahun oleh The Gunners dengan bayaran RM388,252 tetapi masih melengah-lengah menandatangani perjanjian baru itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu mungkin mengubah fikiran sekiranya Wenger berjaya meyakinkannya bahawa Arsenal mampu bersaing mengisi kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris musim depan.

Tawaran diberi Red Devils terhadap Nasri menarik minat pemain itu dan tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Old Trafford.


(http://www.sinarharian.com.my/)